Hydro Empowerment Network
  • Home
  • About Us
  • Our Work
    • Approach
    • Advocacy
    • Exchanges
    • Tools
    • Partnerships
  • Our Members
  • Blog
  • Contact

the flow

EARTH VOICES: FT. KAMPUNG BUAYAN, AN INDIGENOUS MICRO HYDRO COMMUNITY IN MALAYSIAN BORNEO

12/27/2019

0 Comments

 
Last quarter we launched our new feature series, Earth Voices, to put a spotlight on indigenous micro hydro communities who are sustainably managing communal resources and successfully empowering themselves through energy access. 

This quarter, we chose to feature the community of Kampung Buayan, a remote village located in the Ulu Papar region of Sabah, in Malaysian Borneo.

[See Malay translation below; Lihat terjemahan Bahasa Melayu di bawah.]
Buayan is the ancestral home of the Dusun, an Orang Asal tribe who have inhabited the area for at least 6 generations. (“Orang Asal” is Malay for “Original People” and is used to refer to Indigenous peoples.) 

Tucked away in the rainforest within Crocker Range Biosphere Reserve, Buayan is a long and bumpy drive from the nearest town. The journey into Ulu Papar is most challenging at this time of year, during monsoon season, when muddy potholes impede even the most powerful 4-wheel-drive. However, the potentially stress-inducing ride on a washed out road leads to a tranquil haven. Visitors are consistently awed by the natural beauty surrounding Buayan, and by the hospitable and vibrant community who call this place their home.

Buayan is made all the more special by its strong and charismatic leader, Irene, who became the first female Village Head in Ulu Papar in 2018.
Picture
Sunset over Papar River. Source: M. Rock
The Role of the River

Buayan sits on the Papar River, which plays a critical role in the rainforest ecosystem, as well as in the lives of Orang Asal communities in the area. The river, and the mangrove palms that line its shores, support rich biodiversity within a UNESCO Biosphere Reserve that is home to various endangered species. The river provides freshwater fish and water for irrigation for the farming communities of Ulu Papar. The river also provides communities with electricity, through locally-developed micro hydropower energy systems. 

Since 2004, numerous hydropower microgrids and minigrids have been implemented in Ulu Papar through partnerships between local organizations and community leaders. The indigenous-lead organization TONIBUNG (or “Friends of Village Development”) has been a key player in implementing community-based systems in 7 villages in Ulu Papar, working closely with the local communities in planning, construction and maintenance. 
​
In 2009, a 10kW MHP was commissioned in Buayan, which provided the village with power for 10 years. Earlier this year, TONIBUNG commissioned a new, upgraded MHP which now provides power to both Buayan and the neighbouring village of Kampung Tiku. 


Picture
Children of Kg Buayan and Kg Tiku. Source: Save Ulu Papar (https://www.facebook.com/SaveUluPapar/)
Powering Enterprise

The implementation of the MHP has had far-reaching impacts on life in Buayan. Energy access has impacted day-to-day activities within the household, education system and local livelihoods. It has powered income-generating activities; for instance, the MHP spurred the development of homestays, which have brought in revenue from volunteer/tour groups and hikers trekking along the Salt Trail that runs through Ulu Papar. Currently, a group of Buayan youth are in the process of establishing an ecotourism “glamping” business, after participating in a year-long program on community-based, sustainability-focused entrepreneurship, run by Energy Action Partners.
Tagal Sungai

Beyond improving livelihoods and generating jobs, the MHP has had a positive environmental impact, as it has incentivized the community to protect their watershed. With support from Green Empowerment, the community established Tagal Sungai -- a set of community protocols around the community’s interaction with the river and catchment area. These protocols include rules of use and entry; for instance, regulations (and associated repercussions) around who is allowed to harvest forest products in the area, which species are/aren’t allowed to be harvested, etc. 

Tagal Sungai was formally recorded and established in Buayan in connection with the MHP. However, these protocols build upon traditional knowledge and conservation practices that have been observed for generations in Ulu Papar.
Picture
Visitors hiking through Kampung Buayan. Source: M. Rock
“Damn the Dam”

The community safeguards the local environment in various ways; in addition to observing conservation protocols among themselves, the people of Ulu Papar have fought to protect their land from the threat of resource development and large-scale infrastructure projects.

In 2009, the Sabah State Government announced plans to build the Kaiduan Dam (since renamed the Papar Dam). This mega-dam project would flood the Ulu Papar valley and forcibly relocate the communities living there. 9 villages would be affected, accounting for more than 1000 people. For 10 years, the people of Ulu Papar have fought tirelessly to stop the mega-dam and save their home from destruction. A key player has been the Taskforce against Kaiduan/Papar Dam (TAKaD), a grassroots action group formed by communities opposed to the dam.

Earlier this year, the government reaffirmed plans to proceed, backtracking after having previously cancelled the project. Yet, the people of Ulu Papar are determined to never surrender in what has become a long and arduous fight to protect their home. 
Picture
Local activists protesting Papar Dam. Source: Save Ulu Papar (https://www.facebook.com/SaveUluPapar/)
Moving Toward Environmental Justice

Buayan is a unique place in many ways. However the community’s fight against the threat of a mega-dam and displacement is, sadly, all too common. In the context of a global climate emergency, it is now more critical than ever to advocate for environmental justice, and for the rights of those who safeguard their local ecosystems.
Picture
Community gathering to advocate against Papar Dam. Source: Save Ulu Papar (https://www.facebook.com/SaveUluPapar/)

Further Reading + Sign the Petition!
  • Taskforce's memo proposes alternative to Papar Dam
  • Petition: Stop Papar Dam

-- Versi Bahasa Melayu --
Kampung Buayan adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di kawasan Ulu Papar di negeri Sabah, Pulau Borneo, Malaysia. Kampung ini merupakan warisan pusaka orang Dusun, iaitu sebuah suku Orang Asal yang telah mendiami kawasan tersebut selama sekurang-kurangnya 6 generasi. ("Orang Asal" adalah perkataan Bahasa Melayu untuk "Original People" dan merujuk kepada Orang “indigenous”.)

Terletak di dalam Rizab Biosfera Banjaran Crocker, perjalanan ke Kampung Buayan dari bandar terdekat mengambil masa yang lama dan penuh dengan lekak-lekuk. Perjalanan ke Ulu Papar adalah paling mencabar menjelang tibanya musim tengkujuh, apabila jalan yang penuh dengan lubang berlumpur menjadi halangan yang hebat, bahkan untuk kereta pacuan 4 roda yang paling berkuasa. Namun begitu, perjalanan meredah jalan-jalan yang rosak dan yang mampu mencabar jiwa itu berakhir dengan sapaan sebuah persekitaran yang tenang. Para pengunjung selalu terpegun dengan keindahan semulajadi di sekitar Kampung Buayan, serta sebuah komuniti yang penuh ramah dan tamah yang telah menyulami kehidupan mereka dengan alam sekitar.

Buayan dibuat lebih istimewa oleh pemimpinnya yang kuat dan berkarisma, Irene, yang menjadi Kepala Desa perempuan pertama di Ulu Papar di 2018.


Perenan Sungai
Kampung Buayan terletak di Sungai Papar, sebatang sungai yang memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan hujan serta kehidupan masyarakat Orang Asal di kawasan itu. Sungai ini, dan pokok-pokok bakau yang tumbuh di tepi sungai, menyokong biodiversiti yang kaya di dalam Rizab Biosfera UNESCO yang juga merupakan sebuah habitat untuk pelbagai spesis terancam. Sungai ini membekalkan ikan air tawar dan air untuk tujuan pengairan bagi komuniti pertanian di Ulu Papar. Sungai ini juga membekalkan komuniti tersebut dengan tenaga elektrik melalui sebuah sistem tenaga hidro mikro yang telah dibangunkan oleh penduduk tempatan.

Sejak tahun 2004, banyak sistem mikro hidro telah dilaksanakan di Ulu Papar melalui perkongsian yang terjalin antara organisasi-organisasi tempatan dan ketua-ketua masyarakat. Sebuah organisasi yang diketuai oleh Orang Asal, iaitu TONIBUNG (atau "Kawan Pembangunan Desa"), telah memainkan peranan utama dalam pelaksanaan sistem berasaskan komuniti di 7 buah kampung di Ulu Papar, dengan kerjasama yang rapat dengan masyarakat setempat dalam hal perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan.

Pada tahun 2009, sebuah MHP (tenaga hidro mikro) 10kW telah dilaksanakan di Kampung Buayan, dan telah membekalkan kampung tersebut dengan kuasa selama 10 tahun. Awal tahun ini, TONIBUNG telah melaksanakan sebuah MHP baharu yang telah dinaiktaraf dan kini membekal kuasa kepada Kampung Buayan dan Kampung Tiku yang berdekatan.


Kesan MHP
Pelaksanaan MHP mempunyai kesan yang meluas terhadap kehidupan di Kampung Buayan. Akses tenaga telah memberi kesan terhadap kegiatan seharian di dalam rumah, sistem pendidikan dan punca pendapatan tempatan. Akses tenaga telah membekalkan kuasa untuk aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan; sebagai contoh, MHP tersebut telah merangsang pembangunan homestay, lantas menjanakan pendapatan hasil daripada kumpulan sukarelawan / pelancongan dan para pengembara di trek sepanjang Salt Trail yang melalui Ulu Papar. Pada masa ini, sekumpulan belia dari Kampung Buayan sedang berada dalam proses menubuhkan  sebuah perniagaan "glamping" ekopelancongan, setelah mengambil bahagian dalam sebuah program sepanjang tahun berkenaan keusahawanan berasaskan komuniti dan bertumpukan kelestarian yang telah diadakan oleh Energy Action Partners.

Tagal Sungai
Selain meningkatkan kehidupan dan menjana pekerjaan, MHP mempunyai kesan alam sekitar yang positif, kerana MHP telah memberi insentif kepada komuniti untuk melindungi kawasan tadahan air mereka. Dengan sokongan daripada Green Empowerment, komuniti tersebut telah menubuhkan sistem Tagal Sungai - sebuah set protokol komuniti berkenaan interaksi komuniti dengan kawasan sungai dan tadahan air. Protokol-protokol ini merangkumi peraturan-peraturan tentang penggunaan dan kemasukan; contohnya peraturan-peraturan (dan akibat-akibat yang berkaitan) tentang siapa yang dibenarkan untuk menuai hasil hutan di kawasan tersebut, spesies yang boleh / tidak boleh diburu, dll.

Tagal Sungai telah direkod dan dan ditubuhkan secara rasmi di Kampung Buayan berhubungan dengan MHP. Namun begitu, protokol-protokol ini dibina di atas asas ilmu dan amalan pemuliharaan tradisional yang telah diamalkan untuk bergenerasi lamanya di Ulu Papar. 


"Damn the Dam"
Komuniti ini menjaga alam sekitar setempat dengan pelbagai cara; selain daripada mengamalkan protokol pemuliharaan di kalangan mereka, penduduk Ulu Papar telah berjuang untuk melindungi tanah mereka daripada ancaman pembangunan sumber dan projek-projek infrastruktur berskala besar.

Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan rancangan untuk membina Empangan Kaiduan (yang telah dinamakan semula sebagai Empangan Papar). Projek empangan mega ini akan membanjiri lembah Ulu Papar dan memindahkan penduduk komuniti secara paksa. 9 buah kampung akan terjejas dan melibatkan lebih daripada 1000 orang. Selama 10 tahun, penduduk Ulu Papar telah berjuang tanpa henti untuk menghentikan empangan mega dan menyelamatkan tempat tinggal mereka daripada kemusnahan. Pihak utama dalam usaha ini adalah Pasukan Petugas Menentang Empangan Kaiduan / Papar (TAKaD), sebuah kumpulan tindakan akar umbi yang dibentuk oleh komuniti-komuniti yang menentang empangan tersebut.

Awal tahun ini, pihak kerajaan telah mengesahkan rancangan untuk meneruskan rancangan tersebut, lantas menarik balik janji mereka setelah membatalkan projek ini sebelumnya. Namun begitu, penduduk Ulu Papar bertekad untuk tidak pernah menyerah diri meskipun terikat dalam sebuah perjuangan yang panjang dan sukar untuk melindungi tempat tinggal mereka.


Bergerak Ke Arah Keadilan Alam Sekitar
Kampung Buayan adalah sebuah tempat yang unik dalam pelbagai cara. Namun begitu, perjuangan komuniti ini menentang ancaman empangan mega dan ketersingkiran, malangnya, merupakan sebuah perkara yang terlalu lazim berlaku. Dalam konteks kecemasan iklim global, kini merupakan masa yang lebih genting berbanding sebelum ini untuk menyokong keadilan alam sekitar, dan untuk hak-hak insan yang melindungi ekosistem tempatan mereka.

Written by HPNET Communications Coordinator, Lara Powell, with input from Kampung Buayan Village Head, Irene Tani Kodoyou. Translation by Sonia Luhong. 
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    Picture

    Categories

    All
    Afghanistan
    Africa
    Bangladesh
    Bhutan
    Cameroon
    Context Profile
    Earth Voices
    Electronic Load Controllers
    Environmental Impact
    Ethiopia
    Events
    Finance
    Gender Equity
    Germany
    Gram Vikas
    Grid Interconnectivity
    Hidden No More
    India
    Indigenous Community
    Indonesia
    Integrated Energy Planning
    International Rivers
    Knowledge Exchange
    Knowledge Tools
    Load Management
    Local Fabrication
    Madagascar
    Malawi
    Malaysia
    Member Profiles
    Mini Hydro
    Myanmar
    Nepal
    Nicaragua
    Pakistan
    Philippines
    Pico Hydro
    Podcasts
    Practice To Policy
    Practice-to-Policy
    Practitioner Profile
    Productive End Use
    Rehabilitation
    Research
    SEEED
    SIBAT
    Sri Lanka
    StreamSide Chats
    Toolkit
    Training Centers
    Videos
    Watersheds
    Webinars
    Yamog

    Archives

    December 2024
    February 2023
    January 2023
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    April 2021
    March 2021
    January 2021
    December 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    March 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    November 2018
    October 2018
    February 2018
    January 2018
    March 2017
    September 2016
    July 2016
    January 2016
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    June 2015
    March 2015
    February 2015

HOME
ABOUT US
OUR WORK

OUR MEMBERS
BLOG
CONTACT
© 2015 - 2023
​Hydro Empowerment Network

Proudly powered by Weebly